Alpha Graphic Digital

kelas belajar buat app

Terdapat beberapa jenis pakej yang anda boleh ikuti untuk menjadi app developer pemula.

Sebagai permulaan, adalah disarankan untuk mengikuti kelas kemahiran asas dahulu untuk mengetahui fungsi, asas pembangunan aplikasi, jenis aplikasi tanpa coding yang boleh dihasilkan dan sebagainya.

Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan oleh Alpha Graphic Digital.

pakej asas

Yuran keahlian: RM50/seorang

Maklumat kelas atas talian (pakej belajar sendiri) adalah seperti berikut:

Anda akan dimasukkan di dalam Group Facebook – MOBILE APPS & GAME (LIVE) ONLINE CLASS FOR BEGINNERS – VIP GROUP.

  • Mendapat akses video tutorial pelbagai topik berkaitan tentang penghasilan pembangunan aplikasi & game.
  • mendapat akses Downloadable PDF nota
  • mendapat akses Downloadable Game Asset untuk praktis kemahiran pembangunan game
  • Video Tutorial & sesi LIVE akan diadakan dari masa ke semasa melalui GROUP FB sahaja.

Kelas ini lebih fokus kepada belajar kemahiran tentang pembangunan aplikasi & game, dan mengetahui cara asas menjana pendapatan  melalui Google untuk memulakan perjalanan anda sebagai App Developer pemula.

pakej advance / express

Pelajari cara menghasilkan aplikasi tanpa coding dengan lebih terperinci yang membolehkan anda terbitkan aplikasi ke Google Play Store dan jana pendapatan menggunakan Google Admob. 

Harga dalam pakej ini tertakluk dengan terma & syarat. Harga pakej adalah untuk individu yang memilih untuk mengikuti kelas secara Private Coaching (One-on-one Coaching)

PAKEJ b40 (Group Coaching)

Program Bimbingan Technopreneur Komuniti B40 (Pembangun Aplikasi)
Program  ini dianjurkan untuk memberi pendedahan, kemahiran, teknik dalam pembangunan aplikasi bermula daripada peringkat penyelidikan, kemudian reka grafik aplikasi, selepas itu, pembangunan aplikasi hingga ke tahap penerbitan aplikasi ke Google Play Store. Peserta juga akan mempelajari teknik dan amalan baik untuk menjana pendapatan menggunakan platform digital seperti Google Admob dan Google Adsense agar peserta mempunyai kemampuan untuk menghasilkan aplikasi yang boleh memberi hasil pendapatan sendiri melalui platform digital. Pada akhir sesi program ini, peserta akan dipantau sebanyak 4 kali untuk melihat progress pembangunan aplikasi mereka dan memberi bimbingan berterusan untuk memastikan peserta memberi komitmen dan berjaya menjana pendapatan sendiri hasil daripada aplikasi yang dihasilkan. Program ini akan membuka peluang dan memupuk lebih ramai golongan B40 untuk menjadi usahawan digital dalam teknologi dan skaligus dapat membantu mereka dari segi penjanaan pendapatan dalam dunia digital.