Alpha Graphic Digital

SOALAN LAZIM

Langkah-langkah untuk Setup Akaun Developer

Reka Nama Developer anda (Nama developer ini adalah nama yang akan kamu gunakan sebagai Mobile Apps Developer kamu, yang akan terpapar di dalam Google Play Store anda.)

**Disyorkan reka nama yang unik dan kalau boleh jangan gunakan nama personal – anggap ia sebagai nama syarikat anda.

Buat satu Gmail Akaun baru (menggunakan nama developer kamu)

**Contoh: namadeveloper@gmail.com

KENAPA PERLU ADA GMAIL AKAUN BARU?

  • Segala email berkaitan dengan app development akan dihantar ke satu email sahaja. Dengan ini, email penting daripada pihak Google boleh didapati dengan mudah dan tidak terlepas pandang.
  • Jika ada berlaku apa-apa isu berkaitan developer akaun anda (contoh: notifikasi dari Google, app rejected, & dll.), email peribadi anda tidak akan terjejas.
  • Mengawal spam e-mail daripada memenuhi inbox gmail peribadi.

1.Buka Google dan masuk laman web Admob: https://admob.google.com/home/

Sign up Akaun Admob (daftar menggunakan Gmail yang baru anda buat).

2. Selepas Sign up, pergi bahagian “Payment Settings” dan isi butir-butir penting terutamanya bahagian Postal Address

 

**Pastikan Postal Address anda betul dan tepat supaya surat boleh sampai ke alamat anda. Google Adsense akan hantar surat melalui alamat yang anda bagi untuk pengesahan akaun admob apabila anda berjaya mencapai 10USD pertama anda hasil daripada aplikasi. Semasa Setup akaun admob, adalah dinasihatkan menggunakan internet hotspot sendiri dan laptop (elakkan memakai wifi awam, wifi pejabat, wifi rumah untuk setup akaun admob).

Lihat video tutorial di sini: Tutorial Setup Akaun Admob 2023

AdMob menggunakan akaun AdSense dan Google Ads untuk menguruskan beberapa ciri, seperti pengiklanan untuk App anda dan untuk mendapat pembayaran hasil daripada iklan yang terdapat dalam App anda

Untuk menerbitkan aplikasi Android di Google Play, anda perlu membuat akaun Google Play Developer Console. Anda perlu bayar 25usd (pembayaran hanya sekali saja) untuk setup akaun ini.

LANGKAH 1: Daftar untuk akaun Google Play Console, menggunakan Gmail developer anda yang baru anda buat.

Masuk laman web Google Play Console: https://play.google.com/apps/publish/

LANGKAH 2: Anda diperlukan untuk membuat “2 STEPS VERIFICATION” terlebih dahulu sebelum membuat akaun developer anda.

LANGKAH 3: Rujuk tutorial di sini – Setup akaun Google Play Console

 

NOTA PENTING!!

Semasa Setup Akaun Google Admob & Google Play Console, pastikan anda memakai INTERNET HOTSPOT & LAPTOP/PC anda sendiri. ELAKKAN memakai wifi awam & laptop/pc orang lain.

 

Jika kad anda “rejected” semasa pembayaran $25 untuk google developer account, sila ikut langkah-langkah berikut untuk menyelesaikan masalah:

1.Pastikan segala info yang di isi dalam website adalah sama seperti yang berada di dalam kad dan akaun bank.

Nama Penuh sama seperti tertera atas kad

Nombor kad, Nombor CVC (di belakang kad) dan Tarikh Luput Kad adalah sama

ALAMAT (BILLING ADDRESS) ADALAH SAMA SEPERTI DALAM AKAUN BANK ANDA. 

2. Pastikan fungsi “International Transaction/Online Transaction” untuk kad anda telah diaktifkan. Sila hubungi helpline bank anda dan minta pusat khidmat pelanggan untuk mengaktifkan fungsi tersebut.

Untuk MAYBANK sila dail 1300 88 6688

Pilih bahasa (BM/ENGLISH/MANDARIN)

Tekan “0” (nombor kosong) untuk bercakap dengan agen khidmat pelanggan. Minta agen aktifkan  “International Transaction/Online Transaction” untuk kad anda.

Sila jelaskan kepada agen tersebut bahawa anda ingin membuat pembayaran online kepada Google untuk mengelakkan kekeliruan.

CIMB – Sila panggil Pusat Khidmat Pelanggan dan minta untuk aktifkan fungsi online transaction (+603 6204 7788)

BSN – Pusat Khidmat Pelanggan 1300 88 1900

 

YA. Untuk membuka Google Developer Account, fee pendaftaran sebanyak USD25 (RM110 mengikut kadar tukaran semasa) akan dikenakan. Bayaran ini dikenakan SEKALI SAHAJA dan dibayar terus kepada Google.

Akaun developer Google anda akan sah selama-lamanya selepas pembayaran dilakukan.

App Builder Tanpa coding yang digunakan oleh Alpha Graphic Digital sebagai platform untuk mengajar dan membangunkan aplikasi tanpa coding ialah Appmonsta.

Anda boleh menekan butang Sign up jika anda ingin memulakan pembangunan aplikasi tanpa coding.

Appmonsta mempunyai pakej percuma dan pakej langganan berbayar. 

Sebagai permulaan, anda boleh mendaftar secara percuma dahulu untuk melihat App builder tersebut.

Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari pembangunan permainan mudah alih (Game Development) tanpa coding. 

Anda boleh gunakan Contruct 3 sebagai salah satu Gaming Engine untuk membuat Game.

Gaming Engine ini mempunyai pakej Percuma dan Langganan Berbayar.

Untuk permulaan, adalah disyorkan untuk memakai akaun percuma dahulu untuk belajar kemahiran dan memahami konsep injin digunakan.

Alpha Graphic Digital menawarkan pakej khas untuk mengajar cara membangunkan permainan mudah alih dengan menggunakan Construct 3.

 

Lihat harga Langganan di sini.

Antara jenis aplikasi yang anda boleh hasilkan dalam Injin Appmonsta adalah:

  • Informative / Education App
  • Sistem Tempahan Asas / E-dagang Asas
  • Catalog / Product View
  • Company Profile / Portfolio
  • Asas Social Wall
  • Job Search App

dan banyak lagi…

Antara Jenis game yang anda boleh hasilkan di dalam Construct 3 adalah:

2D Game, 3D Game, Physics Game, Shooter Game, Physic Game, Fighting Game, Arcade dan banyak lagi…

LANGKAH 1:

Buka Google dan masuk laman web Blogger: https://blogger.com/

Sign up Akaun blogger anda (daftar menggunakan Gmail yang baru anda buat).

LANGKAH 2:

Ikuti langkah melalui video tutorial tersedia.

“Privacy Policy” Website merupakan salah satu perkara yang WAJIB ada untuk setiap pembangun aplikasi. Ini merupakan salah satu keperluan daripada Google. Blogger.com merupakan platform percuma yang kita boleh gunakan untuk menghasilkan website “privacy policy” anda.

Nota Penting!!

Jangan lupa “SAVE”, “COPY & PASTE”, “BOOKMARK” Privacy Policy Link anda dan Website link anda di dalam folder laptop/pc yang senang ditemui.