Alpha Graphic Digital

TENTANG KAMI

Alpha graphic digital

Ditubuhkan Sejak 2018
  • Alpha Graphic Mobile Apps Developer (AGMA) atau sekarang dikenali sebagai Alpha Graphic Digital telah ditubuhkan sejak tahun 2018 dan merupakan syarikat milikan tunggal.
  • AGMA menyediakan perkhidmatan dari segi pembangunan aplikasi mudah alih kepada pelanggan dan juga meletakkan visi pelanggan menjadi praktikal agar produk akhir tidak hanya berguna tetapi juga menguntungkan pelanggan dan direka dengan baik secara visual.
  • Pada tahun 2020, AGMA memperkenalkan kursus kemahiran baru iaitu pembangunan permainan mudah alih (Game Development), ini akan membuka peluang kepada generasi muda untuk belajar kemahiran baru dalam bidang ini serta menggalakkan mereka untuk meneroka segmen yang berbeza dalam pembinaan permainan dari segi reka bentuk, kerumitan kod, tema dan watak animasi, menambah elemen interaktif, dan sebagainya.
  • Selain itu, AGMA juga menjalankan latihan dan seminar terutama untuk masyarakat daripada Sabah untuk membimbing mereka dalam membina aplikasi mereka sendiri. Serta untuk melatih pelajar menjadi pemaju aplikasi indie yang berjaya.

Peranan kami

memperkenalkan platform teknologi terkini mengikut arus transformasi pendigitalan

Konsep perniagaan ini lebih fokus kepada melatih dan memberi pengetahuan kepada peserta cara-cara menggunakan platform digital yang boleh membantu dari segi penjanaan pendapatan secara pasif dengan hanya membangunkan aplikasi tanpa memerlukan sebarang pengetahuan tentang pengekodan.

Memberi pendedahan dan kesedaran pada komuniti Sabah terutamanya kepada golongan B40 tentang kepentingan penggunaan platform digital dalam kemahiran cara jana pendapatan sampingan melalui platform digital yang sah. Secara tidak langsung program yang dijalankan ini boleh membantu mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan, ibu/bapa tunggal, suri rumah & pelajar lepasan Universiti yang masih mencari pekerjaan.

Dengan adanya pengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang ini dari segi sasaran pasaran, penerangan tentang polisi Google teknik dan cara membuat penyelidikan agar aplikasi yang dihasilkan memenuhi pasaran dunia, syarikat percaya bahawa perniagaan ini bukan sahaja menguntungkan malah boleh berkembang dengan luas sesuai dengan aliran teknologi semasa yang kini menuju kearah pendigitalan.

Selain itu, antara kelebihan perniagaan ini bukan sahaja boleh dijalankan secara kelas / fizikal, tetapi juga boleh dijalankan secara atas talian.

Berdasarkan rekod syarikat, syarikat ALPHA GRAPHIC DIGITAL aktif berkolaborasi dan dijemput untuk memberi taklimat tentang perniagaan Digital dan pembangunan aplikasi khasnya untuk komuniti Sabah dalam Sektor Awam, Swasta serta Institusi Pendidikan.

Antara Institusi / Agensi yang pernah mendapat dari segi latihan, kolaborasi dan perkhidmatan kami: